Seramai 54,103 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian masing-masing pada tahun 2017.

Jumlah itu adalah berdasarkan kepada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang menyaksikan 238,187 siswazah menamatkan pengajian tahun lepas.

Majoriti graduan menganggur adalah bekas pelajar universiti awam. Ini pecahan mengikut jenis institusi pendidikan: 2% kolej komuniti, 13% politeknik, 34% universiti swasta dan 51% universiti awam.

Kesimpulannya, apa yang berlaku ketika ini jika tidak dibendung akan mengakibatkan kehilangan jangka panjang kepada negara dan mensia-sia pelaburan kerajaan dalam pendidikan tinggi bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, bukannya untuk menjual nasi lemak atau menjadi pemandu Uber sahaja.

Sementara itu, pada tahun sebelumnya dalam Laporan Tahunan Bank Negara 2016, berdasarkan tinjauan pada 2015, peratusan belia yang menganggur lebih tinggi di kalangan mereka yang mempunyai pendidikan tinggi berbanding mereka yang tidak berpendidikan tinggi.

Pada 2015 pula, 15.3 peratus daripada 405,000 golongan belia yang mempunyai pendidikan tinggi adalah penganggur.